Svasti,
Raja pelindung bandar Tambralingga yang mendukung Phraparitti Prahyokshan yang melindungi ajaran Buddha.Bagindalah yang keturunannya datang dari wangsa suci, Padmawangsa.Rupa parasnya bagus bagaikan hari Rabu tahun Reka (Ayam), wajahnya umpama bulan purnama memerintah sambil memegang sastera juga memayungi dharma serta menanggung bebanan menjadi kepala kepada kerabat diraja. Bagindalah yang memegang gelaran Sri Dharmaraja...
Di kawasan runtuhan kota purba di Wat Hua Wiang di Chaiya,daerah Suratthani di Thailand,telah ditemui batu bersurat di pintu kota purba berketinggian 1.30 meter,dan ini tidak termasuk bahagian yang masih tertanam di dalam tanah,dengan lebar batu ini mencapai 45 cm dan berketebalan 13 cm.
Di dalam batu bersurat ini tercatat nama seorang raja purba dan dinasti yang diwakilinya, Padmawangsa (dinasti Teratai). Dipahat dalam bahasa Sanskrit dan bertulisan Kawi Kuno, disebutkan di dalamnya bahawa raja itu mempunyai hubungan dengan dua lagi dinasti purba, Sailendra dan Sriwijaya.
Berdasarkan ini, seorang pengkaji sejarah Thailand,Chand Chirayu Rajani berusaha untuk meyakinkan peminat-peminat sejarah Sriwijaya, sebuah empayar legenda thalassocracy di Asia Tenggara juga menarik perhatian pakar-pakar sejarah dunia bahawa ibukota empayar terkenal itu sebenarnya berada di selatan Thailand.
Riwayat-riwayat Thai Kuno mengatakan terdapat seorang raja yang amat alim dalam perihal ajaran Buddha, dan dari raja ini...orang-orang Thai purba mempelajari agama Buddha...
Blog ini semata-mata tidak boleh dijadikan sebagai sumber maklumat untuk rujukan anda dalam melaksanakan sesebuah penulisan ilmiah. Rundingan daripada pihak yang lebih ahli serta rujukan daripada sumber-sumber primer dan sekunder yang berkredibiliti adalah amat perlu.
Tuesday, 4 October 2011
Sri Dharmaraja Chandrabhanu
Chandrabhanu yang bermaksud Cahaya Bulan. Baginda merupakan raja negeri Tamralingga. Negeri Tamralingga sekarang ini dikenali sebagai Nakhorn Sri Thammarat atau Negara Sri Dharmaraja dan dalam teks-teks hikayat Melayu dikenali sebagai Ligor. Baginda digelar sebagai Sri Dharmaraja yang bermaksud' Raja yang Adil'. Ketika itu, baginda memerintah di bawah pengaruh kekuasaan Maharaja Srivijaya yang berpusat di Palembang. Nama keluarga Chandrabhanu ialah Pathamawong (Padmawangsa).
Sekitar tahun 1247M, baginda menyerang Pulau Langka (Sri Lanka) untuk mendapat sebuah patung Buddha zamrud yang dikenali Phra Sihing. Patung ini dipercayai boleh membawa kemakmuran kepada negeri mereka.

Buddha Rupa Pra Sihing di Wat Sambhu Jaya, Narathiwat
Pada waktu itu, Pulau Langka diperintah oleh raja Parakramabahu II yang baru saja ditabalkan menjadi raja. Chandrabhanu merupakan penakluk pertama yang datang dari negara yang terletak di tenggara dan baginda datang dari utara semenanjung Tanah Melayu.

Chandrabhanu dikatakan mendarat di selatan Pulau Langka, manakala setengah riwayat lain pula menceritakan baginda mendarat di barat laut pulau tersebut. Mereka mendapat rampasan perang yang banyak akan tetapi raja Chandrabhanu tidak membenarkan penganut Buddha di Sri Lanka diapa-apakan. Baginda melarang biara-biara Buddha daripada dimusnahkan atau dirosakkan. Sebaliknya baginda memperbaiki biara-biara yang rosak dan melakukan penyembahan di dalamnya.
Terdapat juga teori yang menyatakan bahawa asal-usul baginda dilahirkan di tempat bernama Vathuwaviyan di Semenanjung Tanah Melayu. Teori ini didapati dari batu-batu bersurat kuno yang dibaca dan diterjemahkan oleh Sede pada tahun 1981. Batu bersurat ini dibaca semula oleh Sede pada tahun 1987. Beliau membuat kesimpulan bahawa baginda berasal dari Tanah Melayu dan menjadi raja di kawasan yang dikenali sebagai Tamralingam. Beliau juga menambah bahawa raja ini mempunyai pertalian dengan pulau Sumatera.
Sejak zaman dahulu kala lagi, Sri Lanka mempunyai hubungan keagamaan dengan negeri di selatan Thai dan utara semenanjung Tanah Melayu. Sami buddha Sri Lanka mengembara merentasi Siam, Kemboja, dan Burma. Terdapat juga bukti sejarah menunjukkan mereka juga mengembara di semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, dan Pulau Jawa.
Menurut hikayat-hikayat Siam, Raja Chandrabhanu merupakan kawan baik kepada raja kerajaan Sukhothai iaitu Po Khun Ramkhamhaeng. Mereka turut menghantar duta ke Pulau Langka bagi mendapatkan Buddha rupa Pra Sihing. Dipercayai Buddha rupa tersebut masih disimpan di sebuah Wat di Siam. Juga disebut mengenai Raja Parakramabahu II turut mengantar duta ke negeri Tamralingga (Ligor). Raja Parakramabahu II memohon supaya negeri Tamralingga (Ligor) menghantar seorang sami yang berpengetahuan dari situ.
Menurut sumber-sumber rujukan juga, Raja Chandrabhanu merupakan raja yang mengambil berat akan hal-hal keagamaan dan mengekalkan hubungan keagamaan dengan Sri Lanka. Namun sebab baginda menyerang Pulau Langka tidaklah diketahui sedangkan hubungan baginda dengan Sri Lanka adalah baik terutamanya dalam hubungan keagamaan.
Raja Chandrabhanu tiba di Sri Lanka untuk membantu kerajaan Magha (semenanjung Jaffna) bagi menghadapi serangan Raja Parakramabahu II. Raja Chandrabhanu telah menakluki kawasan yang berada di bawah kekuasaan Raja Parakramabahu II. Keadaan ini menyebabkan tentera Singhala beralih dari utara ke kawasan yang ditakluki oleh Raja Chandrabhanu. Raja Magha juga mendapat peluang untuk memperbaik barisan tenteranya dan berehat sebentar selepas diserang oleh Raja Parakramabahu II. Dari sini, ramai sejarawan berpendapat bahawa Raja Magha dan Raja Chandrabhanu merupakan rakan sebangsa dan mereka saling melindungi antara satu sama yang lain. Pengaruh orang Melayu mula merebak dengan cepat di kawasan pantai Sri Lanka terutamanya di barat laut dan selatan Pulau Sri Lanka. Kekuasaan Raja Parakramabahu II semakin terancam. Maka baginda menguatkan barisan tenteranya dan mengaturkan sebaik-baiknya strategi peperangan. Tentera Singhala juga mempunyai pahlawan yang hebat iaitu Putera Virabahu. Putera Virabahu merupakan anak saudara kepada Raja Parakramabahu II dan baginda mempunyai bakat dalam seni pertahanan diri dan peperangan. Bagindalah yang melatih tentera-tentera Singhala. Pada saat yang baik dan jam yang bertuah menurut perkiraan kitab nujum, mereka melancarkan peperangan semula terhadap orang Melayu.
Mereka mula menyembelih penduduk dalam kota Raja Chandrabhanu serta menyerang tentera Chandrabhanu. Tentera Melayu juga memberikan tentangan yang sengit dan memanah panah beracun yang berbahaya. Hal ini tidak mematahkan semangat tentera Singhala dan mereka terus berjuang sehingga berjaya menghalau orang Melayu keluar dari Pulau Sri Langka.
Oleh Halaliye Karunathilake
The Sunday Times (Akhbar Inggeris Sri Lanka)
Mei 18, 2008 Bil. 42 - No 51
Diedit dan diterjemah oleh Niluka De Silva
Prasasti Mulawarman
Prasasti Mulawarman, atau disebut juga Prasasti Kutai, adalah sebuah prasasti yang merupakan peninggalan dari Kerajaan Kutai. Terdapat tujuh buah yupa yang memuat prasasti, namun baru 4 yang berhasil dibaca dan diterjemahkan. Prasasti ini menggunakan huruf Pallawa Pra-Nagari dan dalam bahasa Sansekerta, yang diperkirakan dari bentuk dan jenisnya berasal dari sekitar 400 Masehi. Prasasti ini ditulis dalam bentuk puisi anustub.[1]
Isi
Transkripsi prasasti pada yupa-yupa tersebut adalah sebagai berikut:
Prasasti Kutai I[2] srimatah sri-narendrasya, kundungasya mahatmanah, putro svavarmmo vikhyatah, vansakartta yathansuman, tasya putra mahatmanah, trayas traya ivagnayah, tesan trayanam pravarah, tapo-bala-damanvitah, sri mulawarmma rajendro, yastva bahusuvarnnakam, tasya yajnasya yupo 'yam, dvijendrais samprakalpitah. | Prasasti Kutai II[3] srimad-viraja-kirtteh rajnah sri-mulavarmmanah punyam srnvantu vipramukhyah ye canye sadhavah purusah bahudana-jivadanam sakalpavrksam sabhumidanan ca tesam punyagananam yupo 'yan stahapito vipraih | Prasasti Kutai III[3] sri-mulavarmmano rajnah yad dattan tilla-parvvatam sadipa-malaya sarddham yupo 'yam likhitas tayoh | Prasasti Kutai IV[4] srimato nrpamukhyasya rajnah sri-mulawarmmanah danam punyatame ksetre yad dattam vaprakesvare dvijatibhyo' gnikalpebhyah. vinsatir ggosahasrikam tansya punyasya yupo 'yam krto viprair ihagataih. |
Terjemahan bebas
Terjemahan teks yupa-yupa tersebut adalah sebagai berikut:[1]
Prasasti Kutai I Sang Maharaja Kundunga, yang amat mulia, mempunyai putra yang mashur, Sang Aswawarman namanya, yang seperti Sang Ansuman (dewa Matahari) menumbuhkan keluarga yang sangat mulia. Sang Aswawarman mempunyai putra tiga, seperti api (yang suci) tiga. Yang terkemuka dari ketiga putra itu ialah Sang Mulawarman, raja yang berperadaban baik, kuat dan kuasa. Sang Mulawarman telah mengadakan kenduri (selamatan yang dinamakan) emas amat banyak. Buat peringatan kenduri (selamatan) itulah tugu batu ini didirikan oleh para brahmana. | Prasasti Kutai II Dengarkanlah oleh kamu sekalian, Brahmana yang terkemuka, dan sekalian orang baik lain-lainnya, tentang kebaikan budi Sang Mulawarman, raja besar yang sangat mulia. Kebaikan budi ini ialah berwujud sedekah banyak sekali, seolah-olah sedekah kehidupan atau semata-mata pohon kalpa (yang memberi segala keinginan), dengan sedekah tanah (yang dihadiahkan). Berhubung dengan kebaikan itulah maka tugu ini didirikan oleh para Brahmana (buat peringatan). | Prasasti Kutai III Tugu ini ditulis buat (peringatan) dua (perkara) yang telah disedekahkan oleh Sang Raja Mulawarman, yakni segunung minyak (kental), dengan lampu serta malai bunga. | Prasasti Kutai IV Sang Mulawarman, raja yang mulia dan terkemuka, telah memberi sedekah 20.000 ekor sapi kepada para brahmana yang seperti api, (bertempat) di dalam tanah yang suci (bernama) Waprakeswara. Buat (peringatan) akan kebaikan budi sang raja itu, tugu ini telah dibuat oleh para Brahmana yang datang ke tempat ini. |
Referensi
- ^ a b Sumantri, Yeni Kurniawati. Rangkuman Materi Perkuliahan: Sejarah Indonesia Kuno. Fakultas Pendidikan Ilmu Pengetahuan Sosial, Universitas Pendidikan Indonesia.
- ^ R.M. Poerbatjaraka, Riwayat Indonesia, I, 1952, hal. 9.
- ^ a b R. M. Poerbatjaraka, Ibid., hal. 10.
- ^ R. M. Poerbatjaraka, Ibid., hal. 11.
Isinya menceritakan Raja Mulawarman yang memberikan sumbangan kepada para kaum Brahmana berupa sapi yang banyak. Mulawarman disebutkan sebagai cucu dari Kudungga, dan anak dari Aswawarman. Prasasti ini merupakan bukti peninggalan tertua dari kerajaan yang beragama Hindu di Indonesia. Nama Kutai umumnya digunakan sebagai nama kerajaan ini meskipun tidak disebutkan dalam prasasti, sebab prasasti ditemukan di Kabupaten Kutai, Kalimantan Timur, tepatnya di hulu Sungai Mahakam.
Kesultanan Kutai Kartanegara
Tulisan pada prasasti Kutai
Kerajaan Kutai merupakan antara kerajaan tertua di Indonesia. Hal ini dibuktikan dengan ditemukannya 7 buah prasasti yang ditulis diatas yupa (tugu batu) yang ditulis dalam bahasa Sansekerta dengan menggunakan huruf Pallawa. Berdasarkan paleografinya, tulisan tersebut diperkirakan berasal dari abad ke-5 Masehi.
Dari prasasti tersebut dapat diketahui adanya sebuah kerajaan dibawah kepemimpinan Sang Raja Mulawarman, putera dari Raja Aswawarman, cucu dari Maharaja Kudungga. Kerajaan yang diperintah oleh Mulawarman ini bernama Kerajaan Kutai Martadipura, dan berlokasi di seberang kota Muara Kaman.
Pada awal abad ke-13, berdirilah pula sebuah kerajaan baru di Tepian Batu atau Kutai Lama yang bernama Kerajaan Kutai Kartanegara dengan rajanya yang pertama, Aji Batara Agung Dewa Sakti (1300-1325).
Dengan adanya dua kerajaan di kawasan Sungai Mahakam ini tentunya menimbulkan konflik di antara keduanya. Pada abad ke-16 terjadilah peperangan di antara kedua kerajaan Kutai ini. Kerajaan Kutai Kartanegara dibawah rajanya Aji Pangeran Sinum Panji Mendapa akhirnya berhasil menaklukkan Kerajaan Kutai Martadipura. Raja Aji Pangeran Sinum Panji Mendapa kemudian menamakan kerajaannya menjadi Kerajaan Kutai Kartanegara Ing Martadipura.
Pada abad ke-17 agama Islam diterima dengan baik oleh Kerajaan Kutai Kartanegara. Selanjutnya banyak nama-nama Islam yang digunakan pada nama-nama raja dan keluarga kerajaan Kutai Kartanegara. Misalnya sebutan raja pun diganti dengan sebutan Sultan. Sultan yang pertama kali menggunakan nama Islam adalah Sultan Aji Muhammad Idris (1735-1778).
Tahun 1732, ibukota Kerajaan Kutai Kartanegara pindah dari Kutai Lama ke Pemarangan.

Perpindahan ibukota Kerajaan Kutai Kartanegara dari Kutai Lama (1300-1732) ke Pemarangan (1732-1782) kemudian pindah ke Tenggarong (1782-kini).
Sultan Aji Muhammad Idris yang merupakan menantu dari Sultan Wajo Lamaddukelleng berangkat ke tanah Wajo, Sulawesi Selatan untuk turut bertempur melawan VOC bersama rakyat Bugis. Pemerintahan Kesultanan Kutai Kartanegara untuk sementara dipegang oleh Dewan Perwalian.
Pada tahun 1739, Sultan Aji Muhammad Idris gugur di medan pertempuran. Kemangkatan Sultan Aji Muhammad Idris, terjadilah perebutan tahta kerajaan oleh Aji Kado dengan Dewan Perwalian. Putera mahkota kerajaan Aji Imbut anakanda almarhum Sultan Aji Muhammad Idris yang saat itu masih kecil kemudian dilarikan ke Wajo. Aji Kado kemudian meresmikan namanya sebagai Sultan Kutai Kartanegara dengan menggunakan gelar Sultan Aji Muhammad Aliyeddin.
Setelah dewasa, Aji Imbut sebagai putera mahkota yang syah dari Kesultanan Kutai Kartanegara kembali ke tanah Kutai. Oleh kalangan Bugis dan kerabat istana yang setia pada almarhum Sultan Idris, Aji Imbut dinobatkan sebagai Sultan Kutai Kartanegara dengan gelar Sultan Aji Muhammad Muslihuddin. Penobatan Sultan Muslihuddin ini dilaksanakan di Mangkujenang (Samarinda Seberang). Sejak dari itu bermulalah penentangan terhadap Aji Kado.
Penentangan berlangsung dengan kawalan yang ketat oleh Mangkujenang terhadap Pemarangan. Armada bajak laut Sulu terlibat dalam penentangan ini dengan melakukan penyerangan dan pembajakan terhadap Pemarangan. Tahun 1778, Aji Kado meminta bantuan VOC namun tidak dapat dipenuhi.
Pada tahun 1780, Aji Imbut berhasil merebut kembali ibukota Pemarangan dan secara resmi dinobatkan sebagai sultan dengan gelar Sultan Aji Muhammad Muslihuddin di istana Kesultanan Kutai Kartanegara. Aji Kado dihukum mati dan dimakamkan di Pulau Jembayan.
Aji Imbut gelar Sultan Aji Muhammad Muslihuddin memindahkan ibukota Kesultanan Kutai Kartanegara ke Tepian Pandan pada tanggal 28 September 1782. Perpindahan ini dilakukan untuk menghilangkan pengaruh kenangan pahit masa pemerintahan Aji Kado dan Pemarangan dianggap telah kehilangan tuahnya. Nama Tepian Pandan kemudian diubah menjadi Tangga Arung yang berarti Rumah Raja, lama-kelamaan Tangga Arung lebih populer dengan sebutan Tenggarong dan tetap bertahan hingga kini.
Pada tahun 1838, Kesultanan Kutai Kartanegara dipimpin oleh Sultan Aji Muhammad Salehuddin setelah Aji Imbut mangkat pada tahun tersebut.
Pada tahun 1844, 2 buah kapal dagang Inggeris pimpinan James Erskine Murray memasuki perairan Tenggarong. J. E. Murray datang ke Kutai untuk berdagang dan meminta tanah untuk mendirikan pos dagang serta hak eksklusif untuk menjalankan kapal wap di perairan Mahakam. Namun Sultan A.M. Salehuddin mengizinkan J. E. Murray untuk berdagang hanya di wilayah Samarinda saja. J. E. Murray kurang puas dengan tawaran Sultan ini. Setelah beberapa hari di perairan Tenggarong, J. E. Murray melepaskan tembakan meriam ke arah istana dan dibalas oleh pasukan kerajaan Kutai. Pertempuran pun tak dapat dihindari. Armada pimpinan J. E. Murray akhirnya kalah dan melarikan diri menuju laut lepas. Lima orang terluka dan tiga orang terbunuh termasuk J. E. Murray.

Insiden pertempuran di Tenggarong ini sampai kepengetahuan Syarikat Hindia Timur Inggeris. Syarikat Hindia Timur Inggeris telah meminta bantuan pihak Belanda menyelesaikan masalah Kutai. Kemudian Belanda mengirimkan armadanya di bawah komando t'Hooft dengan membawa persenjataan yang lengkap. Setibanya di Tenggarong, armada t'Hooft menyerang istana Sultan Kutai. Sultan A.M. Salehuddin diusir ke Kota Bangun. Panglima perang kerajaan Kutai, Awang Long gelar Pangeran Senopati bersama pasukannya dengan gagah berani bertempur melawan armada t'Hooft untuk mempertahankan kehormatan Kerajaan Kutai Kartanegara. Awang Long gugur dalam pertempuran yang kurang seimbang tersebut dan Kesultanan Kutai Kartanegara akhirnya kalah dan ditakluk oleh Belanda.

Relief peristiwa pertempuran Awang Long Senopati pada Monumen Pancasila, Tenggarong
Insiden pertempuran di Tenggarong ini sampai kepengetahuan Syarikat Hindia Timur Inggeris. Syarikat Hindia Timur Inggeris telah meminta bantuan pihak Belanda menyelesaikan masalah Kutai. Kemudian Belanda mengirimkan armadanya di bawah komando t'Hooft dengan membawa persenjataan yang lengkap. Setibanya di Tenggarong, armada t'Hooft menyerang istana Sultan Kutai. Sultan A.M. Salehuddin diusir ke Kota Bangun. Panglima perang kerajaan Kutai, Awang Long gelar Pangeran Senopati bersama pasukannya dengan gagah berani bertempur melawan armada t'Hooft untuk mempertahankan kehormatan Kerajaan Kutai Kartanegara. Awang Long gugur dalam pertempuran yang kurang seimbang tersebut dan Kesultanan Kutai Kartanegara akhirnya kalah dan ditakluk oleh Belanda.
Pada tanggal 11 Oktober 1844, Sultan A.M. Salehuddin dipaksa menandatangani perjanjian dengan Belanda yang menyatakan bahwa Sultan mengakui pemerintahan Hindia Belanda dan mematuhi pemerintah Hindia Belanda di Kalimantan yang diwakili oleh seorang Residen yang berkedudukan di Banjarmasin.
Tahun 1846, H. von Dewall menjadi administrator sipil Belanda yang pertama di pantai timur Kalimantan.
Pada tahun 1850, Sultan A.M. Sulaiman memegang tampuk kepemimpinan Kesultanan Kutai kartanegara Ing Martadipura.
Pada tahun 1853, pemerintah Hindia Belanda menempatkan J. Zwager sebagai Assisten Residen di Samarinda. Saat itu kekuatan politik dan ekonomi masih berada dalam genggaman Sultan A.M. Sulaiman (1850-1899).
Pada tahun 1863, satu perjanjian kerajaan Kutai Kartanegara dengan Belanda. Dalam perjanjian itu Kerajaan Kutai Kartanegara dijadikan sebahagian dari Pemerintahan Hindia Belanda.
Tahun 1888, pertambangan batubara pertama di Kutai dibuka di Batu Panggal oleh J.H. Menten. J.H. Menten telah meletakkan beberapa peraturan bagi ekspoitasi minyak di wilayah Kutai. Kemakmuran wilayah Kutai semakin pesat sehingga Kesultanan Kutai Kartanegara menjadi terkenal di masa itu. Royalti atas pengeksloitasian sumber alam di Kutai diberikan kepada Sultan Sulaiman.
Tahun 1899, Sultan Sulaiman wafat dan digantikan putera mahkotanya Aji Mohammad dengan gelar Sultan Aji Muhammad Alimuddin.
Pada tahun 1908, wilayah hulu Mahakam ini diserahkan kepada Belanda dengan pampasan sebanyak 12.990 Gulden setahun kepada Sultan Kutai Kartanegara.
Pada tahun 1910, Sultan Alimuddin telah wafat. Baginda hanya sempat bertahta lebih kurang 11 tahun. Memandangkan putera mahkota Aji Kaget masih belum dewasa, tampuk pemerintahan Kesultanan Kutai Kartanegara kemudian dipegang oleh Dewan Perwalian yang dipimpin oleh Aji Pangeran Mangkunegoro.
Pada tanggal 14 Nopember 1920, Aji Kaget dinobatkan sebagai Sultan Kutai Kartanegara dengan gelar Sultan Aji Muhammad Parikesit.
Sultan Aji Muhammad Parikesit
Sejak awal abad ke-20, ekonomi Kutai berkembang dengan sangat pesat sebagai hasil pendirian perusahaan Borneo-Sumatra Trade Co. Di tahun-tahun tersebut, kapital yang diperoleh Kutai tumbuh secara mantap melalui surplus yang dihasilkan tiap tahunnya. Hingga tahun 1924, Kutai telah memiliki dana sebesar 3.280.000 Gulden - jumlah yang sangat besar pada masa itu.
Tahun 1936, Sultan Aji Muhammad Parikesit mendirikan istana baru yang megah dan kukuh yang terbuat dari bahan beton. Dalam kurun waktu satu tahun, istana tersebut selesai didirikan.
Pada tahun 1942 Jepun menduduki wilayah Kutai. Sultan Aji Muhammad Parikesit terpaksa tunduk pada Tenno Heika, Kaisar Jepun. Kerajaan Jepun memberi gelaran kehormatan Koo kepada Sultan Aji Muhammad Parikesit dengan nama kerajaan Kooti.
Pada tahun 1945, Indonesia mencapai kemerdekaan . Dua tahun kemudian iaitu tahun 1947, Kesultanan Kutai Kartanegara dengan status Daerah Swapraja dimasukan ke dalam Federasi Kalimantan Timur bersama-sama daerah Kesultanan lainnya seperti Bulungan, Sambaliung, Gunung Tabur dan Pasir dengan membentuk Dewan Kesultanan. Kemudian pada 27 Disember 1949 dimasukkan dalam Republik Indonesia Serikat. Daerah Swapraja Kutai diubah menjadi Daerah Istimewa Kutai yang merupakan daerah autonomi/daerah istimewa tingkat kabupaten berdasarkan UU Darurat No.3 Th.1953.
Pada tahun 1959, berdasarkan UU No. 27 Tahun 1959 tentang "Pembentukan Daerah-Daerah Tingkat II di Kalimantan", wilayah Daerah Istimewa Kutai dipecah menjadi 3 Daerah Tingkat II, yakni:
1. Daerah Tingkat II Kutai dengan ibukota Tenggarong
2. Kotapraja Balikpapan dengan ibukota Balikpapan
3. Kotapraja Samarinda dengan ibukota Samarinda
Pada tanggal 20 Januari 1960, bertempat di Gubernuran di Samarinda, A.P.T. Pranoto yang menjawat jawatan sebagai Gabernor Kalimantan Timur, dengan atas nama Menteri Dalam Negeri Republik Indonesia melantik dan mengangkat sumpah 3 kepala daerah untuk ketiga daerah swatantra tersebut, yakni:
1. A.R. Padmo sebagai Bupati Kepala Daerah Tingkat II Kutai
2. Kapt. Soedjono sebagai Walikota Kotapraja Samarinda
3. A.R. Sayid Mohammad sebagai Walikota Kotapraja Balikpapan
Sehari kemudian, pada tanggal 21 Januari 1960 bertempat di Balairung Keraton Sultan Kutai, Tenggarong diadakan Sidang Khusus DPRD Daerah Istimewa Kutai. Inti dari acara ini adalah serah terima pemerintahan dari Kepala Kepala Daerah Istimewa Kutai, Sultan Aji Muhammad Parikesit kepada Aji Raden Padmo sebagai Bupati Kepala Daerah Tingkat II Kutai, Kapten Soedjono (Walikota Samarinda) dan A.R. Sayid Mohammad (Walikota Balikpapan).
Pemerintahan Kesultanan Kutai Kartanegara berakhir pada 21 Januari 1960 di bawah pemerintahan Sultan Aji Muhammad Parikesit. Sultan Aji Muhammad Parikesit akhirnya hidup sebagai rakyat biasa.
Pada tahun 1999, Bupati Kutai Kartanegara Drs. H. Syaukani HR, MM berniat untuk menghidupkan kembali Kesultanan Kutai Kartanegara ing Martadipura. Pada tanggal 7 November 2000, Bupati Kutai Kartanegara bersama waris Kesultanan Kutai Kartanegara ing Martadipura iaitu Putera Mahkota Kutai H. Aji Pangeran Praboe Anoem Soerja Adiningrat menghadap Presiden Republik Indonesia, Abdurrahman Wahid di Bina Graha Jakarta untuk menyampaikan maksud di atas. Presiden Wahid menyetujui dan merestui dikembalikannya Kesultanan Kutai Kartanegara kepada keturunan Sultan Kutai yakni putera mahkota H. Aji Pangeran Praboe.
Pada tanggal 22 September 2001, Putra Mahkota Kesultanan Kutai Kartanegara, H. Aji Pangeran Praboe Anoem Soerya Adiningrat dinobatkan menjadi Sultan Kutai Kartanegara dengan gelar Sultan H. Aji Muhammad Salehuddin II. Penabalan H.A.P. Praboe sebagai Sultan Kutai Kartanegara baru dilaksanakan pada tanggal 22 September 2001
Sultan H.A.M. Salehuddin II
Siapakah Syam Kut?
Ditemui terpahat pada dinding Angkor Wat, segerombolan tentera Khmer sedang berarak untuk pergi berperang. Anehnya, ada sekelompok tentera yang berpakaian agak berbeza dari tentera-tentera Angkor yang lain.Mereka memakai kain sarung dan di kepala mereka terdapat lilitan kain.Orang-orang Khmer purba memanggil unit tentera ini sebagai 'Syam'. Sejarahwan Khmer merujuk ukiran tentera aneh ini sebagai "salah satu unit tentera upahan dari Sriwijaya". Kelompok Syam inilah asal-usul terbitnya nama 'Siam' dan kemudiannya dipakai oleh orang-orang Suku Thai ketika penubuhan Ayutthaya.
12 Wilayah Sri Dharmaraja
![]() |
| Stupa yang dibina oleh Chandrabhanu Sri Dharmaraja Senibinanya adalah asli Melayu Segenting Kra. Stupa inilah yang diletakkan dalam 'seal' Nakhon Si Thammarat. |
Riwayat Nagara Sri Dharmaraja dan Riwayat Phra Dhatu Nakorn telah menunjukkan 12 wilayah Sri Dharmaraja lama,di mana ini dijumpai pada sebuah kuil Buddha purba di Chaiya dalam wilayah Suratthani sekarang. Digelar sebagai 'kota Naksat' dalam bahasa Thai merujuk kepada simbol-simbol dalam Naksat Pi, kalendar purba yang digunakan oleh orang Kedah Tua/Langkasuka pada masa silam untuk meramal musim penanaman padi.

๑. เมืองสายบุรี ปีชวด ถือ ตราหนู
๒. เมืองปัตตานี ปีฉลู ถือ ตราวัว
๓. เมืองกะลันตัน ปีขาล ถือ ตราเสือ
๔. เมืองปะหัง ปีเถาะ ถือ ตรากระต่าย
๕. เมืองไทรบุรี ปีมะโรง ถือ ตรางูใหญ่
๖. เมืองพัทลุง ปีมะเส็ง ถือ ตรางูเล็ก
๗. เมืองตรัง ปีมะเมีย ถือ ตราม้า
๘. เมืองชุมพร ปีมะแม ถือ ตราแพะ
๙. เมืองไชย (เมืองบันไทยสมอ) ปีวอก ถือ ตราลิง
๑๐. เมืองท่าทอง (เมืองสะอุเลา) ปีระกา ถือ ตราไก่
๑๑. เมืองตะกั่วป่า – ถลาง ปีจอ ถือ ตราสุนัข
๑๒.เมืองกระบุรี ปีกุน ถือ ตราสุกร
Maksudnya:
1. Negeri Saiburi (Narathiwat) membawa lambang Chut (Tikus)
2. Negeri Patani membawa lambang Chelu (Lembu)
3. Negeri Kelantan membawa lambang Khan (Harimau)
4. Negeri Pahang membawa lambang Thauh (Arnab)
5. Negeri Sraiburi (Kedah) membawa lambang Merong (Ular Besar/Naga)
6. Negeri Phattalung (Bedelong) membawa lambang Mahleng (Ular Kecil)
7. Negeri Trang membawa lambang Mahmia (Kuda)
8. Negeri Chumpon membawa lambang Mameh (Kambing)
9. Negeri Jaya (Krabi) membawa lambang Wouk (Beruk)
10.Negeri Thaa Thong (Kanchanadit) membawa lambang tahun Raka (Ayam)
11.Negeri Takuapa-Thalang (Phuket) membawa lambang Cho (Anjing)
12.Negeri Kraburi membawa lambang Kun (Kura-kura)
Ini bermakna pada masa silam wilayah Sri Dharmaraja adalah sejauh Ayutthaya hingga ke Pahang. Sebab itu di dalam Sulalatus Salatin, tersebut kisah raja Pahang Purba bernama Maharaja Dewasura yang ditawan oleh Seri Bija Diraja, ketika Melaka menyerang Pahang. Maharaja Dewa Sura ini adalah berketurunan Melayu Segenting Kra (Syam Kut).
Ketika itu, Melaka yang semakin meluaskan empayarnya merampas Pahang daripada Sri Dharmaraja yang telah menjadi naungan Ayutthaya. Ini menyebabkan Ayutthaya semakin 'panas' dengan tindak-tanduk Melaka yang semakin berani.
Penubuhan Ayutthaya

Ayodhya adalah salah satu wilayah Sri Dharmaraja. Kehadiran U-Thong,seorang raja peranakan Cina-Thai telah merebut wilayah ini dari Sri Dharmaraja. Lama kelamaan kuasa dinasti raja ini semakin kuat dan akhirnya berhasil menyerap Sri Dharmaraja ke dalam Ayutthaya (Ayodhya Baru).Pada masa yang sama, kerabat Sri Dharmaraja memasuki istana Ayutthaya melalui hubungan persaudaraan apabila raja-raja Ayutthaya mengambil kerabat diraja Sri Dharmaraja sebagai anak-anak angkat.Sebab itu dalam sejarah Ayutthaya, dinasti Ayutthaya yang bercampur darah dengan kerabat Sri Dharmaraja tidak menyenangi dinasti Sukhotai. Sukhotai pernah menyerang Sri Dharmaraja sebelum itu. Dengan penubuhan Ayutthaya, Sri Dharmaraja telah berhasil menundukkan Sukhotai menjadi negeri bawahan Ayutthaya.Namun begitu Sukhotai tetap memainkan peranan dalam sejarah Ayutthaya,sehinggakan bangsawan mereka ada yang menjadi raja Ayutthaya. Ketika itu terdapat 4 kerabat atau kelompok di Ayutthaya yang punya pengaruh besar dalam politik Ayutthaya:
1.Supannabhum (kemungkinan orang Mon)
2.Uthong, (peranakan Cina-Thai)
3.Sukhothai, (Thai)
4.Sri Thammarat (Melayu)
Pada era Ayutthayalah,budaya Melayu Segenting Kra dan kerabat Kemboja ('Khmer' menurut sarjana/nasionalis Khmer) telah mempengaruhi segala aspek kehidupan orang Thai dengan lebih menyeluruh sehinggakan mereka juga digelar sebagai 'Siam'. Asimilasi Thai yang dahulunya memegang identiti kaum-kaum Monggol Selatan ketika era Dinasti Yuan berubah dengan drastiknya menjadi kaum yang berbudayakan Khmer dan Melayu Segenting Kra namun berbahasa Kradai.Thai-Siam ini berlainan dengan Thai Utara yang disebut Lanna dan kebudayaan Lanna. Juga keseniannya berlainan dengan Tai Yuan iaitu Sukhotai (Thai Yuan,dengan 'Yuan' adalah nama dinasti Monggol yang memerintah China, nenek moyang orang Thai berasal dari pergunungan Altai ,dari salah satu suku Monggolia),Thai Ayutthaya ini telah berjaya mendapatkan identiti mereka sendiri hasil cedukan yang teruk dari bangsa Melayu Segenting Kra dan Khmer.Ketika inilah,kaum wanita Thai,mula memakai kain sarong,atau sampot dan para wanita bangsawan pula memakai kain sarong dengan gaya berkemban, pakaian wanita Sriwichai (Sriwijaya) pada masa silam. Hiasan kepala pula (headgear) diubahsuai dari mahkota-mahkota raja-raja Kemboja (Khmer). Senibina dicedok 100% dari Kemboja dan Segenting Kra,terutama ketika raja Ayutthaya menawan Angkor, beribu-ribu artisan, penari dan tukang-tukang Kemboja dibawa ke kota Ayutthaya untuk membangunkan tamadun Thai. Tarian pula banyak meniru tarian Mon dan Melayu.Ukiran meniru ukiran kuil-kuil Angkor namun senibina Ayutthaya menggunakan bata (bricks) manakala kuil-kuil Angkor dibina dengan cara memotong batu-batu gunung (stone).Cara ini mewarisi kejuruteraan Sailendra dan Sriwijaya.Contohnya Borobudur dan candi-candi di Jawa yang menggunakan batu (stone) bukannya (bricks).Teknologi bata (bricks) biasa digunakan oleh kerajaan Kedah Tua. Di Lembah Bujang,dijumpai rumah-rumah membakar bata-bata merah.
Raja-raja Sri Dharmaraja sejak dari era Raja U-Thong, menghadapi kuasa baru Ayutthaya yang terbina dari bekas wilayahnya sendiri. Sri Dharmaraja masih di bawah bayangan Ayutthaya. Apabila raja Patani, juga masih saudara dengan kerabat Sri Dharmaraja memeluk Islam, raja Sri Dharmaraja mula memusuhi Raja Patani dan sebaliknya semakin rapat dengan Ayutthaya yang seagama (Buddha). Namun begitu, Ayutthaya masih menyimpan hasrat untuk memiliki Sri Dharmaraja yang mempunyai rangkaian perdagangan maritim dan pengaruhnya yang besar ke atas negeri-negeri Melayu. Suatu ketika ,raja Sri Dharmaraja yang terakhir bernama Sri Raja berjaya ditangkap oleh Chakrapat, raja Ayutthaya.Semasa di dalam tahanan Ayutthaya, Sri Raja merasa hidupnya tidak terlalu lama lalu menyampaikan pesanan penting kepada Raja Ayutthaya,Chakrapat:
"Bana Sri Dharmasokaraja memohon untuk mempersembahkan 3 laki-laki, 3 perempuan, dan 100 laki-laki dalam rombongan daripada tiga lelaki dan tiga wanita. Dia meminta bahawa raja menerima anak-anak dan cucu iaitu sebanyak 3 laki-laki dan 3 perempuan sebagai wakil untuk mengutip cukai, dan dia berjanji bahawa tiga lelaki dan tiga wanita itu akan berkhidmat untuknya selepas peninggalannya"
(Riwayat Sri Dharmaraja)
Petikan seterusnya dari riwayat itu menyebutkan:
"Nay U adalah adik dari Bana Sri Dharmasokaraja; isterinya Nan Keo. Nay Ku dan Nay U adalah anak saudara dan cucu dari Sri Bana Dharmasokaraja.Isteri Nay Ku bernama Nan Cam, dan bahkan isteri U bernama Nan Gambejra."
Jelas di sini, anak cucu Sri Raja mempunyai pangkal nama Nay. Isteri-isteri mereka berpangkal nama Nan (Nang). Inilah asal-usul keturunan 'Nai' iaitu kerabat Sri Dharmaraja, Melayu Segenting Kra. Dengan penerimaan wasiat Sri Raja, Chakrapat (raja Ayutthaya) akan memiliki warisan perdagangan maritim dan ufti dari negeri-negeri Melayu.
"Ketika Bana Sri Dharmasokaraja meninggal dunia, raja (Chakrapat,raja Ayutthaya) telah memiliki Nay U, Nay Ku, dan bahkan Yu datang untuk memberikan penghormatan kepadanya, dan meminta daripada mereka perak dan emas untuk disimpan ke simpanan kerajaan"
(Riwayat Negeri-negeri era Pertengahan)
Ketiga-tiganya (Nay U,Nay Ku dan Nay Yu) adalah anak cucu raja Sri Raja,iaitu raja Sri Dharmaraja terakhir sebelum negerinya diserap ke dalam Ayutthaya. Raja Sri Raja telah berwasiat kepada Raja Chakrapat, supaya mengambil anak dan cucunya sebagai anak angkat setelah sepeninggalannya. Raja Ayutthaya itu mendengar dengan penuh teliti dan berjanji. Selepas pemergian Sri Raja, Raja Chakrapat menunaikan janjinya lalu mengambil ketiga-tiga Nay itu sebagai anak angkat raja Ayutthaya dan menaikkan Prah Sodhanaraja, anak kepada Sri Raja sebagai anaknya sendiri. Anak cucu raja Sri Dharmaraja itu kemudiannya telah dilantik semula sebagai penguasa di Ligor,iaitu Sri Dharmaraja yang baru. Keturunan mereka itulah yang digelar sebagai 'Nai' sehingga kini.Gelaran Nay/Nai ini juga mempengaruhi sistem penggelaran bangsawan Thailand pada hari ini. Begitu juga gelaran 'Nang' (rekod Khmer menyebutkan 'Nan') iaitu gelaran bagi wanita seperti nama 'Nang Che Yam' adalah berasal dari kerabat diraja Ligor/Sri Dharmaraja.Sebenarnya 'Nai' ini cuma gelaran keturunan sebagaimana Tengku,Wan atau Nik.
Apabila menjadi penguasa Ligor,keturunan Nay ini dibenarkan mengutip cukai ke atas 12 negeri di bawah Sri Dharmaraja lama.Ini yang dimaksudkan dengan "meminta daripada mereka perak dan emas untuk disimpan ke simpanan kerajaan".
Subscribe to:
Posts (Atom)