Tuesday 4 October 2011

Batu Bersurat di Wat Hua Wiang, Suratthani, Thailand

Svasti,

Raja pelindung bandar Tambralingga yang mendukung Phraparitti Prahyokshan yang melindungi ajaran Buddha.Bagindalah yang keturunannya datang dari wangsa suci, Padmawangsa.Rupa parasnya bagus bagaikan hari Rabu tahun Reka (Ayam), wajahnya umpama bulan purnama memerintah sambil memegang sastera juga memayungi dharma serta menanggung bebanan menjadi kepala kepada kerabat diraja. Bagindalah yang memegang gelaran Sri Dharmaraja...

Di kawasan runtuhan kota purba di Wat Hua Wiang di Chaiya,daerah Suratthani di Thailand,telah ditemui batu bersurat di pintu kota purba berketinggian 1.30 meter,dan ini tidak termasuk bahagian yang masih tertanam di dalam tanah,dengan lebar batu ini mencapai 45 cm dan berketebalan 13 cm.

Di dalam batu bersurat ini tercatat nama seorang raja purba dan dinasti yang diwakilinya, Padmawangsa (dinasti Teratai). Dipahat dalam bahasa Sanskrit dan bertulisan Kawi Kuno, disebutkan di dalamnya bahawa raja itu mempunyai hubungan dengan dua lagi dinasti purba, Sailendra dan Sriwijaya.

Berdasarkan ini, seorang pengkaji sejarah Thailand,Chand Chirayu Rajani berusaha untuk meyakinkan peminat-peminat sejarah Sriwijaya, sebuah empayar legenda thalassocracy di Asia Tenggara juga menarik perhatian pakar-pakar sejarah dunia bahawa ibukota empayar terkenal itu sebenarnya berada di selatan Thailand.

Riwayat-riwayat Thai Kuno mengatakan terdapat seorang raja yang amat alim dalam perihal ajaran Buddha, dan dari raja ini...orang-orang Thai purba mempelajari agama Buddha...

No comments:

Post a Comment